Dalam
menongkah arus perdana era globalisasi, liberalisasi dan dunia tanpa
sempadan,memang tidak dinafikan bahawa dunia kita telah melangkah ke arah
modenisasi. Abad ke-21 telah menyaksikan bahawa pelbagai cetusan idea dan
percubaan yang membanggakan yang dilaksanakan supaya negara kita dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan
negara moden yang lain. Sama ada kita sedar atau tidak lantaran, kita selalu
dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia. Namun
disebalik itu, kita acapkali tersentak oleh pelbagai permasalahan yang beronak
yang dicetuskan oleh rakyat kita sendiri. Sebagai negara membangun, Malaysia
sebenarnya telah banyak menghasil dan mengeluarkan pelbagai barangan serta
produk sendiri. Mungkin sudah tiba masanya bagi rakyat kita tidak lagi
mengagungkan barangan luar. Sebabnya, barangan keluaran tempatan kini sudah
setanding dengan produk luar dari segi kualitinya, malahan sesetengah produk
keluaran negara kita dijamin lebih baik lagi. Dalam menghadapi cabaran
globalisasi, kita perlu mengikis sikap ego yang sememangnya pun tidak
menguntungkan. Demikian juga sikap
prejudis memandang rendah barangan tempatan seharusnya dilontar jauh-jauh
dari sudut pemikiran kita dan sebaliknya membina semangat Malaysia Boleh dari serba-serbi,
termasuk soal kualiti dan standard barangan sendiri. Walau bagaimanapun,
berdasarkan perangkaan terkini yang diperoleh didapati bahawa peratusan rakyat Malaysia yang menggunakan barang buatan negara
malah menyokong barangan buatan Malaysia
telah menurun setiap tahun. Mengapakah perkara sebegini berlaku ? Mengapakah
rakyat negara tidak sanggup menyokong buatan negara? Tepuk dada tanyalah selera
kerana isu-isu ini telah menjadi buah
mulut masyarakat negara kini. Berita ini sering dipaparkan di
dada-dada akhbar dan tidak kurangnya di media massa . Pelbagai cara perlu dilaksanakan untuk
menggalakkan pembelian barangan buatan Malaysia terutamanya rakyat negara
sendiri.
Tindakan yang penting sebenarnya ialah perubahan dari segi mentaliti dan sikap rakyat kita sendiri, untuk beralih kepada barangan tempatan. Selagi sikap dan mentaliti tidak diubah dan kita terus mengagungkan barangan luar, maka selagi itulah kita tidak dapat mengembangkan produk tempatan negara ini. Rakyat Malaysa perlu mengutamakan barangan buatan
Sebut saja
jenis produk, Malaysia
mempunyai segala-galanya sehingga menyebabkan ramai yang rambang mata. Misalnya kereta,
kita telah merintis lebih awal industri automotif, malahan kenderaan keluaran
negara kita telah banyak yang menembusi pasaran di luar negara. Barangan
elektronik seperti televisyen, peti sejuk, penghawa dingin dan kipas juga
semakin banyak jenama buatan Malaysia
membanjiri pasaran. Ini tidak
termasuk barangan berasaskan kain seperti pakaian, pelbagai jenis produk telah
dihasilkan oleh pengusaha untuk menandingi produk luar negara. Untuk
mengalakkan rakyat membeli barangan buatan Malaysia , rakyat sendiri perlu mengamalkan tabiat berbelanja secara berhemat.
Tabiat pembaziran dan berbelanja melebihi kemampuan pendapatan di kalangan
rakyat negara ini yang turut menyumbang kepada penurunan ringgit disebabkan
kemudahan memperolehi kemudahan kredit. Berikutan itu, rakyat perlu mengubah
tabiat berbelanja dengan mengamalkan tabiat berhemat dalam perbelanjaan seperti
menabung untuk mengurangkan kesan hutang. Dengan mengamalkan tabiat berjimat
cermat dan berfikir sebelum membeli, rakyat dapat menjimat pembelanjaan malah
dapat digunakan samasa kecemasan . Tindakan ini bagai sambil menyelam minum air. Rakyat sepatutnya menyokong
barang buatan Malaysia
yang tidak sekadar lebih murah daripada barang buatan import negara malah mempunyai
kualiti dan kuantiti yang baik. Kalau rakyat Malaysia sendiri tidak menyokong
negara sendiri lebihnya kepada pendatang dan pembeli daripada luar negara.
Rakyat seharusnya memberikan sokongan sepenuhnya kepada negara sendiri dengan
membeli barang buatan Malaysia
yang semakin meningkat mutunya dan mampu bertanding dengan negara lain yang
maju.
Pada era
langit terbuka ini, media massa merupakan
satu medium yang signifikan dalam mempengaruhi pemikiran orang ramai.
Sebagaimana, yang kita tahu, media massa
boleh dibahagikan kepada dua iaitu media cetak dan media elektronik. Dalam hal
ini, pihak media memainkan peranan yang penting dalam memberi sokongan kepada
kerajaan dalam usaha-usaha menerajui isu pembelian barangan buatan Malaysia . Pihak
media cetak memainkan peranan dalam menerangkan
kebaikan barangan buatan Malaysia
serta faedahnya malalui surat
khabar dan majalah. Media cetak digalakkan mengadakan halaman khas untuk
berita-berita yang berkaitan barangan buatan Malaysia kerana dapat mempengaruhi
minda manusia yang ramai bagai mata
pena lebih tajam daripada mata pedang. Hal ini menunjukkan tahap
kejayaan yang telah dicapai oleh kerajaan dan rakyat dalam pengeluaran barangan
tempatan. Manakala, media elektronik seperti radio, televisyen dan internet
juga merupakan wadah yang penting dalam penyebaran maklumat. Sebagai contoh,
kewujudkan online membeli-belah membolehkan rakyat membeli barang buatan Malaysia dengan
senang melalui internet. Sesungguhnya, pihak media massa
memainkan peranan yang signifikan untuk menggalakkan anggota masyarakat kita
supaya membeli barangan Malaysia .
Kempen Beli Barangan Malaysia
harus dijalankan atas kerjasama media massa
dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Pelbagai
iklan, dokumentari, rancangan, wawancara dan sebagainya harus disiarkan dalam
siaran televisyen, radio, surat
khabar dan majalah. Usaha sama kerajaan dan artis tempatan dalam mempromosikan
barang buatan Malaysia
dapat menarik minat orang ramai terutamanya golongan remaja. Maka sudah terang
lagi bersuluh bahawa media massa merupakan
elemen yang penting dalam usaha mengalakkan orang ramai membeli barang buatan Malaysia .
Pada masa yang
sama, pihak swasta harus bertindak
proaktif untuk mempromosikan barangan Malaysia . Salah satu tindakan yang maslahat adalah
mengadakan ekspo di seluruh negara. Pengeluar harus bergabung tenaga untuk
memperkenalkan barangan mereka kepada para pengguna. Ketika ekspo diadakan,
jurujual atau jurucakap syarikat tersebut dapat memperkenalkan produk syarikat
secara langsung kepada pengguna tentang keistimewaan dan keunikan produk
mereka. Sebagai contohnya, ekspo kosmetik dan makanan herba tempatan boleh
diadakan untuk memperkenalkan barangan buatan Malaysia yang juga tidak kurang
mutunya dengan bahan kosmetik atau makanan kesihatan luar negara, seperti
ditanggung halal, menggunakan bahan semula jadi dan boleh digunakan tanpa
was-was. Sehubungan dengan itu, ekspo buah-buahan tempatan, ekspo fesyen
pakaian tempat dan ekspo industri kecil dan sederhana juga patut diadakan dari
semasa ke semasa. Hakikatnya, Jom Heboh yang dianjurkan oleh TV3 telah berjaya
mengadakan ekspo barangan Malaysia
kepada pengguna dan berjaya mendapat sambutan yang hangat. Pengeluar kita harus
bersikap komitmen bagai genggam bara api
biarlah sampai jadi arang. Keikhlasan dan kesungguhan mereka pasti dapat
menarik perhatian pengguna kita untuk membeli produk Malaysia . Pegawai kerajaan yang
bertugas dalam agensi-agensi yang berkaitan pengeluaran, promosi dan pemasaran
barangan buatan Malaysia
perlu memberi perhatian serius kepada tugas mereka dan tidak sekadar bekerja bagai melepaskan batuk di tangga.
Dalam hal ini, infrastruktur serta sistem pengedaran mempunyai implikasi besar
ke atas harga barang tempatan. Di kawasan bandar, dengan infrastruktur yang
baik rakyat mudah mendapatkan barangan buatan Malaysia dengan harga yang
berpatutan. Tetapi penduduk-penduduk di luar bandar serta kawasan dalaman
terpaksa menghadapi masalah harga yang tinggi kerana kekurangan infrastruktur
dan sistem pengedaran yang kurang efisien. Pegawai-pegawai kerajaan yang
berkenaan perlu memberi perhatian serius kepada perkara ini dan mencari jalan
untuk menangani masalah ini.
Di samping
itu, Karnival Membeli-belah Malaysia yang dianjurkan oleh Kementerian
Pelancongan Malaysia dengan
premis perniagaan seluruh negara juga dapat menggalakkan pelancong asing dan
pengguna tempatan untuk membeli produk Malaysia . Pihak berkenaan harus
menetapkan bahawa hanya barangan Malaysia yang akan ditawarkan
potongan harga yang istimewa. Atas tajaan pengeluar kilang, premis perniagaan
seperti gedung beli-belah, pasar raya besar terutamanya Giant, Jusco, Tesco,
Metrojaya, Parkson, Mydin dan sebagainya boleh mengadakan jualan megah atau
jualan murah tentang barangan Malaysia secara besar-besaran. Jika harga
barangan Malaysia
sangat menawan, para pengguna pasti tertarik hari untuk membelinya. Para pelancong juga turut terpukau oleh potongan harga
yang istimewa. Di samping memajukan industri pelancongan, Karnival
Membeli-belah Malaysia juga
dapat melariskan barangan Malaysia .
Usaha mengadakan Kempen Beli Barangan Malaysia haruslah diadakan secara
berterusan. Ini akan dapat memperkenalkan barangan buatan Malaysia kepada
seluruh rakyat dan sebagai usaha untuk membantu merancakkan dan memacu tranformasi ekonomi negara. Kempen ini
harus dijalankan sepanjang tahun dengan promosi untuk semua jenis barang buatan
Malaysia .
Kempen ini perlu diperluaskan ke seluruh negara untuk memberi impak kepada
sektor ekonomi. Justeru itu, semua agensi, sektor swasta dan NGO harus
memainkan peranan masing-masing. Pihak berkenaan harus mengadakan pertandingan
kuiz, melukis poster, menulis esei, dan lagu patriotik bersempena dengan kempen
tersebut. Kata orang tua-tua, di
mana ada kemahuan, di situ ada jalan amat sinonim dengan kempen tersebut dapat mencelikkan
minda pengguna kita supaya mengetahui kualiti dan kelebihan barangan Malaysia
sehingga berminat untuk membeli barangan Malaysia, seperti peribahasa, tak kenal maka tak cinta. Dengan
mengadakan kempen kesedaran dan ceramah yang pelbagai bentuk, barang buatan Malaysia dapat diperkenalkan kepada orang ramai
supaya semua orang tidak kira orang tempatan atau pendatang dapat mENARIK minat
terhadap barang buatan Malaysia .
Sementelahan
pula, pihak sekolah perlu menerapkan
semangat patriotik dalam kalangan pelajar sejak kecil lagi bagai
melentur buluh biarlah dari rebungnya. Hal ini terjadi demikian kerana semangat
patriotik patut diterapkan ke dalam sanubari remaja kita supaya mereka
terpanggil untuk membeli barangan Malaysia sebagai tanggungjawab
mereka. Melalui mata pelajaran Bahasa Malaysia, Pendidikan Moral dan Pendidikan
Sivik dan Kewarganegaraan, nilai cinta akan negara, taat setia kepada raja dan
negara ,dan sanggup berkorban untuk negara boleh disuntik kepada generasi muda kita. Kita patut
mencontohi warganegara Jepun dan Korea kerana rakyat mereka berasa
bangga untuk membeli barangan negara mereka sendiri. Misalnya, dalam filem atau
drama Korea ,
semua artis pasti menggunakan produk negara sendiri seperti jenama Samsung, LG
dan Panasonic. Dengan menyahut seruan Tun Dr. Mahathir yang merupakan Perdana
Menteri Malaysia
yang keEMPAT malalui Dasar Pandang Ke Timur, kita digalakkan mencontohi sifat
baik nagara lain yang baik untuk meningkatkan taraf kehidupan negara ke araf
baru. Jika pelajar kita telah diterapkan semangat cinta akan negara dan ingin
membeli barangan Malaysia ,
amalan ini akan terbawa-bawa hingga mereka dewasa. Tidak dapat dinafikan bahawa
golongan remaja merupakan golongan pengguna yang banyak berbelanja. Golongan
remaja juga merupakan harapan negara kita ,ini kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Jika mereka suka
membeli produk jenama Malaysia ,
produk Malaysia
pasti akan laris di pasaran. Sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan
di atas, kita mendapati bahawa pihak sekolah memainkan peranan yang penting
dalam mengalakkan masyarakat membeli barang buatan Malaysia .
Secara tuntasnya, pelbagai cara perlu dilaksanakan untuk menggalakkan masyarakat membeli barang buatan