Bahasa merupakan alat untuk
berkomunikasi. Bahasa juga di gunakan sebagai alat penyebar ilmu dan maklumat.
Kita digalakkan menguasai lebih dari satu bahasa. Menguasai lebih dari satu
bahasa merupakan suatu bonus khususnya untuk berkomunikasi dengan bangsa asing.
Hal ini memudahkan kita berkomunikasi dengan pelancong. Dengan menguasai
pelbagai bahasa kita juga akan berasa lebih berkeyakinan kepada diri kita
sendiri. Di dalam negara Malaysia
ini ada lima
bahasa kerana negara ini mempunyai 5 kaum utama. Sekiranya kita dapat menguasai
bahasa tersebut, kita dapat berbual dengan orang yang bukan seagama dengan kita
atau bukan sekaum dengan kita. Bahasa
Melayu, India,
Cina, Iban dan Kadazan semuanya daripada pelbagai kaum dan agama. Sekiranya
kita fasih berbahasa lain kita dapat mengetahui adat resam mereka dan mereka
juga akan mengetahui adat resam kita. Kita juga boleh membaca dalam pelbagai
bahasa, dengan memperbanyakkan pembacaan kita akan memperoleh banyak ilmu.
Jelaslah bahawa menguasai pelbagai bahasa mempunyai banyak kepentingan dan
maslahatnya.
Kita lihat pula dari sudut
propenguasaan pelbagai bahasa ini. Umum mengetahui dan tidak menafikan
kepentingan dan faedah menguasai pelbagai bahasa asing. Di Malaysia, industri
pelancongan banyak memberikan sumbangan kepada sektor ekonomi mahupun maruah
negara itu sendiri. Pada tahun 2004 sahaja jumlah pelancong dari China
yang berkunjung ke negara ini telah mencecah 16.4 juta orang. Hal ini
menunjukkan betapa besarnya sumbangan industri pelancongan kepada Malaysia.
Tetapi angkaan jutaan itu sebenarnya menunjukkan kemerosotan dalam tinjauan
ketidakpuasan hati pelancong yang pernah datang ke Malaysia. Mengapakah hal ini
terjadi? Kebanyakan jawapan yang diberi ialah kesukaran untuk berkomunikasi
dengan rakyat tempatan. Rata-rata rakyat Malaysia tidak tahu berbahasa Cina,
Inggeris, Jepun dan Perancis. Hal ini menjadi masalah kerana bahasa di atas
merupakan antara bahasa yang menjadi keutamaan di dunia. Tidak ramai rakyat Malaysia
yang tahu membaca, menulis dan bertutur dalam bahasa yang sering digunakan oleh
kebanyakan negara sebagai bahasa kedua mereka. Akibatnya, akan tercalarlah
maruah negara di mata dunia. Negara akan dikenali sebagai rakyat yang mempunyai
mentaliti yang rendah dan seterusnya akan menjejaskan ekonomi Malaysia.
Dalam pada masa itu juga, bahasa asing juga penting sebagai
satu perantaraan yang memudahkan bual bicara untuk menguasai pelbagai disiplin
ilmu. Apakah tidak berkualiti bahasa ibunda sebagai bahasa ilmu? Apakah bahasa
asing seperti bahasa Inggeris yang layak menjadi bahasa ilmu? Tepuk dada, tanya
selera. Dewasa ini, penerokaan, penguasaan dan pengabdian terhadap ilmu
pengetahuan banyak didalami oleh bangsa asing. Bangsa yang mana sejak lahir
hingga mati akan menuturkan bahasa mereka sendiri. Sebagai umat Islam pula,
bagaimana untuk kita merebut kembali tempat pertama dalam penguasaan ilmu yang
suatu ketika dahulu didahului kita jika kita tidak mampu menkaji hasil kerja
bangsa-bangsa asing. Ilmuan terkemuka dunia seperti Ibnu Sina dan Ibnu
Khawarizmi juga mempelajari bahasa asing untuk mengembangkan ilmu yang mereka
ada sehingga mereka menjadi terkenal sekarang ini. Yunani telah menyebabkan
karya Ibnu Sina seperti buku perubatan, Kanun Fi’al Tib diterima pakai lebih
500 tahun lamanya di universiti-universiti di Barat hampir sealaf lalu. Bahasa
Hindus juga telah menyebabkan Ibnu Khawarizmi diiktiraf sebagai ahli matematik
terbaik di dunia sehingga sekarang dengan teori berkaitan aljebra. Hal ini
menunjukkan betapa pentingnya bahasa asing terhadap perkembangan ilmu,
Berkisar tentang ilmu juga, bahasa
asing amat penting terutamanya dalam melayari cabang pendidikan pada masa ini.
Alam pendidikan sekarang ini lebih bersifat terbuka dan tanpa sempadan. Jika kita
perhatikan, kebanyakan universiti yang wujud di dalam mahupun di luar negara
sering menjadi tumpuan pelajar-pelajar yang bukan dari negara mereka sendiri.
Pelajar-pelajar yang datang ke universiti itu bukan sahaja datang dari negara
jiran malah beribu-ribu batu jauhnya untuk melanjutkan pelajaran. Malaysia
sendiri mempunyai ramai rakyat yang melanjutkan pelajaran ke luar negara.
Cabang pendidikan tanpa sempadan ini menghendaki golongan pelajar lebih
prihatin terhadap penguasaan bahasa asing. Bagaimana hendak melanjutkan
pelajaran ke luar negara jika diri sendiri tidak tahu bertutur dalam bahasa
ibunda mereka? Bagaimana untuk kita bergaul dengan rakyat tempatan di negara
mereka jika kita hanya tahu bahasa ibunda sendiri? Oleh hal yang demikian,
individu khususnya golongan pelajar perlu lebih mengambil berat terhadap
penguasaan bahasa asing. Mungkin pada hari ini pelajar-pelajar mampu berbicara
dan berdebat tentang tidak perlunya bahasa asing ini, tetapi sedarlah bahawa
pada suatu hari nanti kita juga yang akan merangkak untuk mempelajari bahasa
tersebut.
Dalam meniti arus globalisasi yang
sangat berbeza dengan arus pemodenan, kita dihimpit dengan tekanan dari
peringkat antarabangsa berkaitan kewangan dan pekerjaan. Disebabkan ini juga
ramai rakyat Malaysia
yang menganggur dan ramai yang menyalahkan tekanan antarabangsa sebagai
penghalang kemajuan sedangkan salah itu datangnya daripada diri mereka sendiri.
Salah satu faktor yang menyumbang kepada pengangguran ini adalah kelemahan dan
kekurangan dalam menguasai bahasa selain bahasa ibunda. Majikan sekarang ini
lebih menumpukan perhatian kepada pekerja-pekerja yang mempunyai kelebihan
dalam bahasa lain. Maka, pekerja-pekerja seperti ini akan menjadi kegemaran
majikan untuk diterima bekerja dan malanglah bagi individu lain yang mempunyai
kemahiran dan kelulusan yang sama tetapi mempunyai kelemahan dalam menguasai
bahasa asing. Bagi pekerja-pekerja ini, mereka tidak menyedari kelemahan mereka
dan menyalahkan orang lain sedangkan kelemahan itu datangnya daripada diri
mereka sendiri. Akhirnya, tahun demi tahun dihabiskan dengan melihat kepada
satu rumusan yang dibuat sendiri dengan meletakkan kesalahan di bahu majikan
yang memilih bulu kononnya. Maka, tidak ada suatu perubahan mahupun reformasi
yang dilakukan untuk merubah diri sendiri.
Selain pelancongan, pendidikan dan
pekerjaan, bahasa asing boleh dijadikan platform yang sangat berguna untuk
mengeratkan satu individu dengan individu yang lain. Hubungan antarabangsa juga
boleh dijalinkan lebih erat dengan menguasai bahasa mereka. Bahasa Melayu juga
pernah menjadi lingua franca sewaktu zaman kegemilangan empayar Melaka pada
suatu masa dahulu. Pedagang-pedagang yang datang berdagang juga memilih bahasa
Melayu untuk dituturkan sedangkan masih ada berpuluh-puluh bahasa yang
digunakan para pedagang pada masa itu. Pedagang-pedagang berasakan bahawa
bahasa Melayu mudah difahami dan dituturkan. Negara China
juga menjalinkan hubungan yang baik dengan negeri Melaka dari segi pertahanan
sehinggakan China
sanggup menghantar jeneralnya yang terkemuka iaitu Jeneral Cheng Ho untuk
bertemu dengan pemerintahan Melaka. Disebabkan hubungan Melaka-China jugalah, Siam
tidak berani untuk terus memberikan tekanan ke atas Melaka. Begitulah betapa
pentingnya penguasaan bahasa asing dalam mengeratkan hubungan antarabangsa. Malaysia
juga sebagai sebuah negara majmuk, mengharapkan rakyatnya menguasai bahasa
asing terutamanya bahasa Mandarin dan bahasa Tamil .
Sehubungan dengan itu, walaupun
pelbagai tafsiran sama ada positif ataupun negatif dibuat berkaitan penguasaan
bahasa asing, kita perlu menyedari kepentingan bahasa asing dari skop yang
lebih luas. Dalam bahasa yang lebih mudah, bahasa asing mempunyai pengaruh yang
besar terhadap sektor pelancongan, pendidikan, pekerjaan dan perhubungan malah dalam
kehidupan seharian kita. Di Malaysia, penguasaan bahasa asing adalah sangat
lemah. Altitud ini pula ditambah lagi dengan sikap segelintir golongan
masyarakat yang tidak mengambil tahu kepentingannya malah menentang bahasa
asing. Sememangnya bahasa asing terutamanya bahasa Inggeris merupakan bahasa
penjajah tetapi bukankah Tunku Abdul Rahman juga menggunakan bahasa tersebut
semasa menuntut kemerdekaan di London?
Bukankah kita juga merubah kosa kata bahasa asing untuk dimelayukan? Bukankah
bahasa Melayu sendiri terbentuk daripada bahasa Sanskrit? Mengata bahasa asing,
sekurang-kurangnya bahasa tersebut ada pengiktirafan tersendiri. Jika hendak
menentang dan membunuh bahasa asing dalam jiwa rakyat Malaysia adalah lebih baik kita menentang dan
membunuh bahasa rojak yang semakin hari semakin menjadi-jadi di Malaysia.
Malah tanpa kita sedar, kita menggunakan bahasa tersebut dalam pertuturan
seharian. Mengata dulang paku serpih, mengata orang diri sendiri yang lebih.
Jangan sampai terjadi menepuk air ke dulang, terpercik ke muka sendiri. Sebelum
nasi menjadi bubur, seharusnya semua pihak bersinergi dalam meningkatkan
penguasaan pelbagai bahasa dalam diri. Usaha yang padu dan komited bukan hanya
sekadar hangat-hangat tahi ayam daripada semua rakyat Malaysia amatlah diharapkan dalam
merealisasikan Wawasan 2020.
[1208 patah kata]
No comments:
Post a Comment